Setengah Tahun Berlalu

Pejam celik sungguh pantas masa berlalu..

Hari ini umur Aqlan genap 6 bulan

Sekarang Aqlan di Kampung Ibu di Kedah.. Ibu cuti sekolah seminggu sempena CNY…

Aqlan baru pandai meniarap… dan kadang² boleh menelentang sendiri.. kadang² tak boleh..

Aqlan Mula Meniarap

Kelmarin Isnin Aqlan dah mula meniarap beberapa kali setelah umur melebihi 5 bulan…

Tapi masih sehala.. belum pandai nak menelentang semula.. Masa nak meniarap pun masih belum pandai bengkokkan tangan sebelah lagi…

Aqlan Tinggal Rumah Mama Ida

Hari ni ibu dah mula mengajar di sekolah selepas dua bulan ibu lahirkan Aqlan.

aqlan_1stday_kakida_01 aqlan_1stday_kakida_02

Start hari n i masa ibu & abah kerja, Aqlan sama-sama dengan Kakak Naqia & Abang Naqib tinggal di rumah Mama Ida..

Inilah gambar keluarga Mama Ida..
cikda

Kak Ngah, Mama Ida,Abang Yasin, Ayah Naim & Kak Long…

Tali Pusat Tercabut, TSB Result Mula Menurun

Hari Jumaat hari tu tali pusat Aqlan dah tercabut…

Semalam 7.20 pagi, abah sampai ke kampung dari Sepang.

Pagi ni abah bawa Aqlan check darah sekali lagi di PathLab Sungai Petani. Mula² pergi Klinik Kesihatan Padang Serai, tapi Lab tutup hari ni.

TSB result dah menurun 183 µmol/L. Tapi still kuning. Sebab Normal TSB result sekitar 20 µmol/L (17 kalau tak silap)

aqlan_tsb_day13

Gambar Aqlan Hari Ke-12 (Semalam)

aqlan_day12_01aqlan_day12_02aqlan_day12_03

Video Aqlan Bersin & Sedulan