Dah setahun Menjenguk Dunia…
Hari ni 17 Ogos 2010 tepat jam 17:17 umur Aqlan genap setahun mengikut kiraan tahun masihi. Kalau ikut bulan Islam 4 hari sebelum puasa hari tu dah setahun.
Aqlan baru ada 2 batang gigi bawah, belum pandai berjalan lagi.. berdiri pegang dinding atau tolak kerusi boleh lah.
Setengah Tahun Berlalu
Pejam celik sungguh pantas masa berlalu..
Hari ini umur Aqlan genap 6 bulan…
Sekarang Aqlan di Kampung Ibu di Kedah.. Ibu cuti sekolah seminggu sempena CNY…
Aqlan baru pandai meniarap… dan kadang² boleh menelentang sendiri.. kadang² tak boleh..
Aqlan Mula Meniarap
Kelmarin Isnin Aqlan dah mula meniarap beberapa kali setelah umur melebihi 5 bulan…
Tapi masih sehala.. belum pandai nak menelentang semula.. Masa nak meniarap pun masih belum pandai bengkokkan tangan sebelah lagi…
Suntikan Imunisasi Untuk 2 bulan
Petang tadi lepas ibu balik sekolah, ibu bawa Aqlan untuk suntikan imunisasi untuk umur dua bulan… Hep B, DTP, Hib & OPV
Berat Aqlan sekarang 5.7 Kg.. tinggi (panjang) 58 cm..
Aqlan Tinggal Rumah Mama Ida
Min ‘Aidin Wal Faizin – Salam Aidilfitri
Aqlan sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pengunjung Aqlan.NET yang beragama Islam…
Aqlan Kini 4 Kg
Siang tadi nurse datang lawat Aqlan di Kampung.. Timbang Aqlan.. Kini 4 Kg.. naik 1/2 kilo dalam 3 minggu…





















