Aqlan Melangkah Ke Sekolah

Tahun 2014 ni Aqlan dah tak duduk di rumah pengasuh Cik Ju lagi.

aqlan_permata_02 aqlan_permata_01

 

Aqlan dah mula belajar di tadika. Aqlan masuk ke Tadika Permata Ixora. Tadika abang Naqib & kakak Naqia sebelum ini.

 

Kakak Naqia dah masuk darjah 1. Jadi Aqlan tak ada teman… Tapi.. sepupu Aqlan yang baru berpindah ke Taman Ixora ni pun masuk tadika yang sama. Muaz anak Pak Dik. Cuma Muaz umur 6 tahun. Aqlan baru 5 tahun.

 

Hari pertama Aqlan lambat sikit masuk tadika. 8.15 baru pergi. Abah uruskan kakak Naqia di SK KLIA, balik rumah pukil 8.00 Aqlan belum bangun & kelam kabut mandi & bersiap.

Pulang Ke Rumah

Hari ini jam 2 petang saya dan Ibu discharge dari Hospital Putrajaya. Abah dan Tok ambil di Hospital.

Terus pulang ke rumah di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.

Sebelum sampai ke rumah abah singgah rumah Cik Da untuk ambil abang Naqib & kak Naqia… Kali pertama saya jumpa abang & kakak..