Makin Tinggi Blood TSB Result Aqlan

Hari ni Nurse dari Klinik Kesihatan Lubuk Saga, Sidam Kiri datang tengok Aqlan.. Aqlan masih kuning..

Lepas tu Aqlan pergi PathLab Sungai Petani untuk check darah. Blood TSB (total serum bilirubin) result makin tinggi berbanding sabtu lepas.. 212 µmol/L.. tapi bacaan tu masih belum kene pergi hospital.. kalau lebih 250 µmol/L baru kena masuk hospital..

Moga Allah mengurniakan kesihatan kepada Aqlan.. Aminnn…

aqlan_jaundice_pathlab

Balik Kampung

Hari ni Aqlan balik ke Kampung Tok Wan di Kg. Pantai Edau, Sidam Kiri Padang Serai Kedah.

Bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.45 pagi, sampai rumah Tok Wan +- 2.45 petang.

Aqlan akan duduk kampun sampai Aidilfitri ni.

Hari ni, kuning masih ada lagi, mata Aqlan masih nampak kuning.

Kuning @ Jaundis @ Jaundice

Tengahari tadi Nurse dari Klinik Kesihatan Salak datang melawat Aqlan.. Nurse kata Aqlan kena kuning. Dan suruh ambil darah check..

Oleh sebab hari ini klinik kerajaan cuti hari sabtu, petang lepas +- 3.30 Aqlan ke Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi untuk check darah/TSB.

Alhamdulillah, Doktor maklumkan dah berkurangan dan tak perlu warded. Aqlan kena banyakkan minum air & Breastfeeding.

TSB Result = 8.5 mg x 17 = 144.5 µmol/L

Moga Aqlan cepat sembuh…

aqlan_jaundice

Pulang Ke Rumah

Hari ini jam 2 petang saya dan Ibu discharge dari Hospital Putrajaya. Abah dan Tok ambil di Hospital.

Terus pulang ke rumah di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.

Sebelum sampai ke rumah abah singgah rumah Cik Da untuk ambil abang Naqib & kak Naqia… Kali pertama saya jumpa abang & kakak..

Hari Kelahiran

Ibu mula kerap rasa sakit “contractions” Ahad (16 Ogos 2009) malam Isnin. Waktu ini abah tak ada di rumah. Outstation di Kota Kinabalu.

Pukul 4.30 pagi, ibu call abah. Lebih kurang pukul 6.00 pagi, pengasuh abang Naqib & kakak Naqia (Cik Da & Pakcik Naim) tolong hantar ibu ke Hospital Putrajaya.

Waktu ini juga abah sedang cuba untuk tukar tiket flight di Kota Kinabalu International Airport.

Abah dapat tukar flight MH2605 10.45 pagi. Flight takeoff dalam 11.10 pagi. 20 minit kemudian (11.30) ibu dimasukkan ke labour room Hospital Putrajaya.

Jam 2.30 petang abah sampai di Hospital Putrajaya. Jam 4.50 petang, ibu terpaksa di bawa ke operation room. Saya dah mula lemas dan kepala saya masih tidak tepat ke jalan keluar walau jalan telah terbuka hampir 10 cm.

Tepat Jam 17:17 17 Ogos 2009 (26 Syaaban 1430) Saya selamat dilahirkan melalui operation dengan berat 3.51 kg dan sepanjang 52 cm.

Sejam selepas itu baru abah azan & iqamahkan saya setelah saya dibawa semula ke wad bersalin.

Jam 7.15, saya dan ibu dibawa masuk ke wad dan abah pulang jam 8.30 malam setelah waktu melawat tamat.