Aqlan Dah Jadi Abang

aqlan_afiq

Aqlan sekarang dah jadi Abang. Tak boleh panggil adik dah. Alhamdulillah, 11 hari lepas 6 November 2013 Aqlan dapat adik. Adik lahir hari tu.

 

Tapi semalam selepas 10 hari baru Aqlan jumpa adik. Sehari sebelum adik lahir, Aqlan & Kakak Naqia ikut Pak Njang, Makcik & Tok balik ke Kedah. Semalam baru adik balik ke Kedah dengan abah, ibu & abang Naqib.

 

Nama adik Ahmad Afiq Akmal bin Ahmad Kamil.

Setengah Tahun Berlalu

Pejam celik sungguh pantas masa berlalu..

Hari ini umur Aqlan genap 6 bulan

Sekarang Aqlan di Kampung Ibu di Kedah.. Ibu cuti sekolah seminggu sempena CNY…

Aqlan baru pandai meniarap… dan kadang² boleh menelentang sendiri.. kadang² tak boleh..

Tali Pusat Tercabut, TSB Result Mula Menurun

Hari Jumaat hari tu tali pusat Aqlan dah tercabut…

Semalam 7.20 pagi, abah sampai ke kampung dari Sepang.

Pagi ni abah bawa Aqlan check darah sekali lagi di PathLab Sungai Petani. Mula² pergi Klinik Kesihatan Padang Serai, tapi Lab tutup hari ni.

TSB result dah menurun 183 µmol/L. Tapi still kuning. Sebab Normal TSB result sekitar 20 µmol/L (17 kalau tak silap)

aqlan_tsb_day13

Gambar Aqlan Hari Ke-12 (Semalam)

aqlan_day12_01aqlan_day12_02aqlan_day12_03

Video Aqlan Bersin & Sedulan

Blood TSB Result = 214 µmol/L

Hari ni Ibu bawa Aqlan check darah lagi di PathLab Sungai Petani..  Pak Anjang tolong hantar. Abang Naqib & Kak Naqia pun ikut..

TSB Result masih sekitar sebelum ni malah lagi tinggi. 214 µmol/L

Moga Allah memberi kesembuhan kepadaku.. Aminn..

Makin Tinggi Blood TSB Result Aqlan

Hari ni Nurse dari Klinik Kesihatan Lubuk Saga, Sidam Kiri datang tengok Aqlan.. Aqlan masih kuning..

Lepas tu Aqlan pergi PathLab Sungai Petani untuk check darah. Blood TSB (total serum bilirubin) result makin tinggi berbanding sabtu lepas.. 212 µmol/L.. tapi bacaan tu masih belum kene pergi hospital.. kalau lebih 250 µmol/L baru kena masuk hospital..

Moga Allah mengurniakan kesihatan kepada Aqlan.. Aminnn…

aqlan_jaundice_pathlab

Balik Kampung

Hari ni Aqlan balik ke Kampung Tok Wan di Kg. Pantai Edau, Sidam Kiri Padang Serai Kedah.

Bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.45 pagi, sampai rumah Tok Wan +- 2.45 petang.

Aqlan akan duduk kampun sampai Aidilfitri ni.

Hari ni, kuning masih ada lagi, mata Aqlan masih nampak kuning.